Rabu, 6 Februari 2019

al kisah Cockatiel 2

assalamualaikum semua ☺☺

tarikh 15/1 aku pernah bagitau teringin nak bela sepasang cockatiel,puas aku cari..bermula dari laman web mudah.my sampai ke group fb cockatiel Malaysia.. alhamdulillah,aku berjaya deal dengan sorang penternak burung2 tersebut, so pada 5/2 aku pergi la ke rumah abang Sallehudin di tanjong karang Selangor, bila sampai depan pintu pagar rumah dia, wow..telinga aku terus tangkap bunyi nyanyian burung2 cockatiel dan budgie, abang Sallehudin kata, tak semua cockatiel dan budgie dijual, ada yang diternak untuk dibuat induk..aku sempat snap gambar burung2 tersebut,hajatnya nak lepak lama tp terpaksa dibatalkan sebab dah waktu tengah hari..

cockatiel white face 😇

teringin nak yang ni tapi
tak dijual 😭😭


abang Sallehudin tunjuk kat aku sepasang cockatiel white face,itu la burung yang aku dah booking,berbaloi beli dgn abang Sallehudin,segala ilmu penjagaan cockatiel dia ajarkan, hargapun murah untuk sepasang cockatiel white face RM350 saja,sampai rumah aku terus letak dalam cage yang aku dah sediakan..in sya Allah,kalau ada rezeki mungkin akan beli yang lutino pulak 🤗🤗

sepasang cockatiel,namanya
kiki dan lala 😅😅
                                
kiki dan lala dalam cage baru ☺️☺️

Selasa, 15 Januari 2019

al kisah Cockatiel


assalamualaikum semua ✌

cockatiel or nama singkatannya tiel,burung yang menjadi buruan ramai orang untuk dibela dan dibiakkan,harganya berbeza mengikut jenis dan kalau korang pandai main tawar2 harga mungkin dapat kurang 😅,




aku jugak sebenarnya berminat nak bela sepasang,dek kerana minat sangat..tiap2 hari la aku bukak laman web mudah,memang ada orang nak jual tapi kebanyakannya terlalu jauh dari tempat aku,walaupun seller nak hantar pakai bas,tapi aku memang tak berapa yakin,risiko sangat tinggi 😥.. 



nak dijadikan cerita,masa aku singgah dekat petshop tempat aku,aku nampak ada sepasang cockatiel  macam dalam gambar ni,wow..cantik sangat,aku tanya harganya..tokey tu bagitau harga sepasang RM500,aku terkejut dengar harganya,aku tanya kawan aku pasal harga cockatiel RM500 tu,kawan aku bagitau harga RM500 tu terlalu mahal,sepasang cockatiel biasanya RM2XX hingga RM4XX mengikut jenis,in sya Allah kalau ada rezeki mungkin aku boleh dapat sepasang cockatiel idaman..terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.  



Isnin, 14 Januari 2019

teringin nak bela sugar glider

assalamualaikum semua..

ok,ini adalah blog pertama aku 😌, apa yang aku nak cerita ni pasal sugar glider,sape yang tak kenal si comel kecik kiut miut nikan, namanye sugar glider, aku panggil tupai terbang,tipu la kalau ada diantara korang yang tak teringin nak bela haiwan comel ni, aku adalah orang tersebut,disebabkan nafsu nafsi aku dah membuak sangat nak bela, so bermula la rutin aku membaca setiap blog mereka yang ada bela sugar glider ni, aku jugak ada join group sugar glider Malaysia dekat facebook,  alhamdulillah semua ahli2 dalam group tu banyak membantu aku yang nubis kubis noob pasal sugar glider ni 🙆‍♂️, in sya Allah kalau takde apa2 halangan, aku akan beli sepasang sugar glider bulan depan ..terima kasih kerana sudi membaca, in sya Allah aku akan update bila dah beli sugar glider nanti 😎

al kisah Cockatiel 2

assalamualaikum semua ☺☺ tarikh 15/1 aku pernah bagitau teringin nak bela sepasang cockatiel,puas aku cari..bermula dari laman web mudah....