assalamualaikum semua ✌
cockatiel or nama singkatannya tiel,burung yang menjadi buruan ramai orang untuk dibela dan dibiakkan,harganya berbeza mengikut jenis dan kalau korang pandai main tawar2 harga mungkin dapat kurang 😅,
aku jugak sebenarnya berminat nak bela sepasang,dek kerana minat sangat..tiap2 hari la aku bukak laman web mudah,memang ada orang nak jual tapi kebanyakannya terlalu jauh dari tempat aku,walaupun seller nak hantar pakai bas,tapi aku memang tak berapa yakin,risiko sangat tinggi 😥..
nak dijadikan cerita,masa aku singgah dekat petshop tempat aku,aku nampak ada sepasang cockatiel macam dalam gambar ni,wow..cantik sangat,aku tanya harganya..tokey tu bagitau harga sepasang RM500,aku terkejut dengar harganya,aku tanya kawan aku pasal harga cockatiel RM500 tu,kawan aku bagitau harga RM500 tu terlalu mahal,sepasang cockatiel biasanya RM2XX hingga RM4XX mengikut jenis,in sya Allah kalau ada rezeki mungkin aku boleh dapat sepasang cockatiel idaman..terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.


